Welcome to Ibu Kitchen Official Website....Click IBU KITCHEN LIVE You Tube Official Cooking Channel. Click LIKE, Subcribe & Share our youtube channel. Thank you and do pls come again for more cooking, good luck.

Saturday, 27 July 2019

Vieatnamese GIANT Spring Roll & Sos


BAHAN PEMBALUT
1 pack Safoco (Rice Paper)


BAHAN UNTUK DI REBUS

Bee Hoon (bleh tukar pada soon
Cendawan/Musroom (bleh tukar pada sayuran lain)
Udang - 1 kilo (di buang kulit dan di belah dua buang kotoran udang)


Panaskan kuali, rebuskan bahas2 di atas dan toskan


SAYURAN YANG DI GUNAKAN
1 Bijik Lobak merah (carrot) - di parut memanjang atau di potong2 halus
1 Bijik Timun di hiris kulit dan di potong halus dan memanjang
1 pack Sayur Mix Salad (cuci bersih dan tos airnya)
20 cent Taugeh

ps: setelah semua bahan siap, teruskan process untuk membungkus..


CARA MEMBUAT POPIA
Sediakan bekas air dan rendam kulit popia (4 minit), setelah lembut angkat dan tos airnya,
letak di pingan atau papan untuk menyusun bahan2 sayuran, udang dan lain2nya di atas,popia
gulung perlahan-lahan (hati2 jangan sampai pecah) kemudian susun di pingan, ulang semua process mengulung hingga habis semua, bleh di makan terus dgn sosnya


CARA MEMBUAT SOS CILI
Thai Chili Sauce campurkan sedikit dgn bijan (Roasted White Sesame Seed) yg da di panggan skit, kacau rata dan bleh la di cecah makan dengan popia yang telah di sediakan tadi, selamat mencuba

Friday, 15 March 2019

EPOK EPOK KENTANG

CARA MASAK INTI EPOK-EPOK


BAHAN TUMISAN:
Bawang Besar
Bawang Putih
Rempah Kari
Udang Geragau
Kiub Ikan Bilis
ajinamoto/garam/sedikit gula 
daun sup (masukkan setelah inti masak)

CARA MASAK INTI KENTANG:
Panas kan kuali, masuk sedikit minyak dan tumis bahan di atas, kemudian masukkan kentang yang telah di potong dadu kedalam kuali, kecikkan api dan tutup kuali (kacau sesekali) kemudian masukkan kiub ikan bilis dan serbuk perasa dan sedikit gula, harus kerap kacau inti jangan sampai melekat di kuali, sebelum matikan api, masukkan sedikit daun sup kacau rata dan matikan api.

INTI YANG SUDAH SIAP
 Beginilah rupanya inti yang sudah di masak jangan terlalu kering harus basah2 sikit


BAHAN MEMBUAT DOH/KULIT EPOK-EPOK

BAHAN2NYA:
sedikit Butter cup (di cairkan dan biarkan sejuk)
sedikit minyak (kalau tak nak gunakan minyak pun boleh)
Tepong 3 1/2 cawan (sukatan untuk 5-6 org makan)
air suam (dan sedikit garam, kacau hingga larut)

Bancuhan Doh sebelum dan sesudah di uli

Ceduk 3 1/2 tepung masuk ke dalam besin/bekas untuk menguli, tuangkan butter cair (gunakan sudu kalau butter cair panas) dan air suam (bercampur garam tu) kacau hingga rata, bila da sebati, baru gunakan tangan untuk ratakan semua tepong dan butter (uli hingga tepong sebati), biarkan sekejap (rehatkan tepong sekejap), kemudian ambil tepong dan buat bulatan sebesar bola pingpong, sehingga tepong habis.


Giling bebola tepong berbentuk bulat dan di isikan INTI kentang


Beginilah Epok-epok yang sudah di KLIM tepinya


GORENG EPOK-EPOK 


CARA MENGORENG:
Panaskan kuali, masukkan minyak untuk mengoreng, masukkan epok epok mentah kedalam kuali dan goreng dgn apu yang sederhana (api tak boleh besar takut epok2 terbakar dan hangus)

bila sudah masak tarik ketepi TOSkan epok epok tu dan baru di angkat letak kedalam tapis/pinggan, selamat mencuba insyaAllah boleh, kalau dah berjaya buat jangan lupa kasi tau di sini ok atau di you tube IbuKitchen


SELAMAT MENCUBA 😋

Wednesday, 14 November 2018

mee rebus

MEE REBUS


BAHAN UNTUK TUMISAN (di blend)
1. Udang geragau/Udang kering 2 sudu
2. Bawang Besar 2 bijik
3. Bawang Putih 3 Bijik
4. Lengkuas (sebesar ibu jari)
5. Rempah Kari Daging (agak2)
6. Kacang Tanah
7. Belacan

CARA MENUMIS LAUK - MEE REBUS
Panaskan periuk tumiskan semua bahan-bahan tumisan yang telah di mesin hingga kekuningan, kemudian masukkan air kedalam periuk dan biarkan ia sampai mendidih

masukkan sedikit tepong jagong 
(1 sudu besar di bancuh dgn sedikit air sebelum masuk kedalam kuah)

ps: di kacau rata sehingga kuah mendidih (pastikan api jangan terlalu besar)

SETELAH KUAH MENDIDIH MASUKKAN
Kentang yang telah di mesin halus

masukkan Cebisan Daging/Taytel kedalam lauk, biarkan ia masak dgn api sederhana selama 15minit, kemudian masukkan serbuk perasa seperti ajinamoto dan garam, kacau hingga rata dan setelah 5 minit bolehlah di matikan api dan sediakan bahan mee serta hiasan mee rebus


Tahu di potong kemudian di goreng

lihat bahan lain yang perlu di sediakan seperti berikut
1. Telur (di rebus dan di kupas kulit dan di potong2)
2. Daun sop (di potong halus)
3. Cili Merah dan Hijau (di hiris halus)
4. Limau Sambal (tiada dalam gbr - di potong 2 dan di perah ke atas Mee Rebus)

ps: sebagai tambahan, buat sedikit sambal tumis, kemudian di letak 1 sudu ke atas mee rebus 
(style org singapura makan sure ada sambal tumis, sedap, tryla)


so ENDINGnya masakkan ibu macam ni...

JEMPUT TENGOK YER... 😋👍

ps: Btw u all jangan lupa untuk like, subcribe dan komen di video ibu ok ty.
LINK Video click HERE

Sunday, 7 October 2018

PACRI NENES

PACRI NENAS

PACRI NENAS - RESEPI NENEK
Click Youtube VIDEO HERE

1 bijik Nenas masak (yg da masak dan manis potong ikut suka sendiri)

Bahan nak tumis:
Serai
lada merah/hijau
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit Hidup atau Kunyi serbuk (sedikit untuk mencatikkn pacri)
sedikit ikan bilis
batang kayu manis 2

dan masukkan NENAS


Cara memasak:
panaskan periuk atau kuali, masukkan sedikit minyak untuk menumis, masukkan semua bahan2 yg nak di tumis dgn spices mix rempah ratus tu, kacau hingga garing skit, kemudian masukkan nenas, sedikit perasa ajinamoto dan garam skit, juga kunyit, kemudian masukkan sedikit air (untuk kuahnya skitlah), kacau rata dan biarkan masak hingga mendidih, masukkan sedikit ikan bilis, setelah masak dan nenes pun da melecur, matikan dan bolehlah di hidangkan, selamat mencuba.

Click Youtube VIDEO HERE

Friday, 7 September 2018

Rendang (Roti Kirai)

Rendang (Roti Kirai) 







BAHAN2NYA:
1. Daging Cincang
2. 1 Lobak merah/Carrot
3. 3 bijik Kentang
4. 1 bijik Bawang Besar (Di hiris halus)
5. 3 Bijik Bawang Putih  (Di hiris halus)
6. 3 Helai daun Limau Perut  (Di hiris halus)
7. Halia - sebesar Ibu Jari (di Hiris Halus)
8. 1/2 kotak kecik santan kara
9. Rempah ratus seperti: 1 Bunga lawang, 1 btg Kayu Manis, 4 bijik Buah pelaga dan 3 bijik Bunga cengkeh
10. Kentang Lobak merah/Carrot, tomato dan kentang (potong dadu)


sedikit serbuk perasa (agak2 ikut cita rasa masing2)

cara memasaknya:

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, tumis bahan2 yang telah di potong halus, kemudian masukkan kari daging (yang da di bancuh dgn air sedikit), masukkan sedikit air dan 1/2 kotak kecik santan kara, kacau hingga rata, masukkan daging cincang kacau lagi, kemudian masukkan tomato, kentang lobak merah/carrot masukkan kerisik dan kacau lauk rata2 setelah mendidih dan masak, matikan lauk dan boleh lah hidangkan panas panas sedappp..cubala




Untuk menonton video masakkan ini..sila klik DISINI

Thursday, 6 September 2018

ROTI KIRAI/ROTI JALA

Sebelum

Sesudah


 Bahan2nya

Resepi akan di update nanti, harap bersabar yer
Klik Video Roti kirai DISINI

Tuesday, 4 September 2018

MEE BIHOON BASAH (Versi Pedas)


Bahan2nya:


1. 1 1/2 bijik bawang besar (di hiris2)
2. 3 bijik bawang Putih (di hiris2)
3. 3 Sudu Cili kering dan sedikit belacan (di mesin halus)
4. Daging Cincang (agak2)
5. Udang basah dan Sotong (yang telah di bersihkan dan di potong)
6. Sayuran (sawi, kobis putih dan taugeh di bersihkan)
7. Tepong jagong (2sudu)




  Cara memasak:
Panaskan kuali, letak sedikit minyak dan tumis cili, kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar kacau hingga cili berkilat, kemudian masukkan udang basah dan sotong kacau lagi dan tutup kuali selama2 minit, masukkan daging cincang di kacau dan tutup lagi kuali tu untuk membolehkan bahan yang di masukkan masak 2 minit, buka semula dan masukkan serbuk tepong jagong dan kacau rata2, setelah semua sebati masukkan BiHoon kedalam kuah yang mendidih tu di kacau rata2 sehingga semua sebati dan masa ni kalau nak sedapkan lagi BiHoon ni boleh lah masukkan 2 bijik telok ayam dan masukkan serbuk perasa Garam & Ajinamoto kacau rata2, masukkan Daun Bawang di susuli sayuran yang telah di bersihkan tadi kemudian kacau lagi selama 2 minit dan kemudian boleh lah angkat dan di hidangkan panas2.

ps: Hidangan untuk makan sarapan pagi bersama air kopi atau air teh panas, selamat mencuba..



Video resepi ni sila KLIK DISINI

LEMAK PUCUK MANIS - KELEDEK & KACANG HIJAU

BAHAN BAHAN NYA     1. IKAT DAUN PUCUK MANIS (AMBIL HANYA DAUN NYA CUCI DAN BERSIHKAN) 2. 2 BIJIK KELEDEK (KIKIS KULIT DAN POTONG I...